fbpx
SEORANG pemandu lori lelaki berumur 24 tahun membawa muatan beras maut dalam nahas melibatkan tiga buah lori di KM 378.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tanjung Malim pada pukul 3.57 petang tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK

Pemandu 24 tahun maut, lori langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu lori lelaki berumur 24 tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di Kilometer (KM) 378.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tanjung Malim pada pukul 3.57 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang maut dipercayai memandu sebuah lori tiga tan jenis Isuzu membawa muatan beras.

“Dua buah lori lain masing-masing ialah sebuah jenis Volvo membawa muatan gulungan besi serta sebuah lagi jenis Nissan membawa muatan barangan terpakai.

“Mangsa yang tersepit dibahagian pemandu dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan sementara tiga lelaki lain iaitu penumpang lori Isuzu, seorang pemandu lori Volvo dan pemandu lori Nissan yang mengalami kecederaan menerima rawatan lanjut di hospital terdekat,” katanya di Tanjung Malim, hari ini.

Katanya, mayat mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat pada pukul 5.58 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN