SEBANYAK lapan pasukan terpilih bakal berentap dalam Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia bagi musim 2026 di bawah Partnership Programme yang baru dilancarkan. Pengumuman tersebut dibuat oleh MOONTON Games bersama Malaysia Esports Federation (MESF) dan Esports Integrated (ESI) pada pelancaran Partnership Programme terbaharu itu, sekali gus membuka tirai musim paling dinanti-nantikan setakat ini. Daripada pasukan tempatan hingga antarabangsa, lapan pasukan ini akan bersaing di bawah satu panji untuk membentuk bab seterusnya dalam liga e-sukan terbesar dan paling lama bertahan……














