fbpx
Azmi dan Wan Sukairi (hadapan, tiga dan empat dari kiri) bersama sebahagian 240 individu yang menerima surat tawaran RMR di Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

SPNB bina 6,545 Rumah Mesra Rakyat tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 6,545 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) baharu di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusi SPNB, Prof. Datuk Dr. Azmi Mohd. Lila berkata, pembinaan kediaman menerusi program RMR tersebut melibatkan peruntukan RM500 juta.

Beliau berkata, syarat permohonan RMR kekal iaitu keluarga yang tidak pernah memiliki rumah, berpendapatan maksimum RM5,000 dan mempunyai tapak tanah sendiri.

“Rumah dibina berkeluasan 750 kaki persegi (69.68 meter persegi) yang berharga RM75,000 termasuk RM20,000 subbsidi kerajaan. Penerima RMR hanya perlu membayar pinjaman tanpa faedah sebanyak RM55,000 atau RM300 sebulan dalam tempoh 16 tahun,” katanya di Tepoh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis penyerahan surat tawaran RMR kepada 250 isi rumah seluruh Terengganu.

Azmi berkata, penerima terbabit merupakan sebahagian 680 pemohon kediaman RMR yang akan dibina di negeri tersebut sepanjang tahun ini.

“Sebanyak 104 unit RMR sedang giat dibina dan kita jangka pemohon terlibat boleh memasuki rumah baharu masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN