fbpx
Gambar hiasan.

Lapor diragut, rupanya kad pengenalan tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Tindakan seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dirinya menjadi mangsa ragut memakan diri apabila siasatan mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan kejadian ragut oleh dua individu kira-kira pukul 9 malam pada 14 Februari lalu.

Menurut beliau, pengadu mendakwa kejadian itu berlaku di Jalan Sungai Choh menghala ke Bukit Beruntung.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati pengadu yang merupakan warga tempatan berusia 33 tahun telah membuat laporan palsu. Kejadian sebenar adalah beliau tercicir kad pengenalan dan kad ATM ketika ingin membuat bayaran di sebuah kedai di Bukit Sentosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita terbabit membuat laporan tersebut bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN