fbpx
Mohamad (tengah) ketika perbincangan berlangsung.

Perbincangan serantau atasi pencerobohan sempadan Malaysia-Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan akan mempertingkatkan kerjasama antara agensi dan mengadakan perbincangan peringkat serantau bagi menangani isu pencerobohan di sempadan Malaysia–Vietnam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan perairan negara.

“Ini bukan isu kecil. Ia melibatkan kedaulatan negara dan sumber rezeki nelayan tempatan. Penguatkuasaan mesti diperkasa dan tindakan tegas perlu diambil,” katanya hari ini.

Justeru, Muhamad berkata, kebajikan nelayan akan terus menjadi keutamaan dan pihak kerajaan akan memantau rapi isu berkenaan.

Media sebelum ini, melaporkan sebanyak 478 buah vesel nelayan asing berjaya ditahan oleh agensi penguatkuasaan Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2020 hingga 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 331 vesel atau 69.25 peratus membabitkan nelayan Vietnam, sekali gus menunjukkan tahap ancaman yang ketara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN