fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Jojo di laman Instagram.

Tiada tempat yang lebih baik untuk ‘terkandas’ selain di Mekah, – Jojo Ghazali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo meluahkan rasa syukur meskipun terkandas di Mekah bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jojo memuat naik video dia bersenam dengan berlatarbelakangkan pemandangan malam sekitar Masjidil Haram.

“Tiada tempat yang lebih baik untuk ‘terkandas’ selain di Mekah, alhamdulillah,” katanya menerusi ruangan komen.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti.

“‘Terkandas’ dengan seluruh ahli keluarga di Mekah, Allahuakbar. ‘Take care champ’,” ujar @Alifsatar.

“Terkandas di tempat paling mahal di dunia. Semoga Allah lindungi, amin,” ujar @Jozzlynhannania

Terdahulu, Jojo dan keluarganya dilaporkan terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang mereka ke tanah air dibatalkan susulan penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.

Syarikat Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan kumpulan tersebut berikutan banyak laluan ruang udara ditutup atas faktor keselamatan susulan serangan Iran terhadap beberapa lokasi yang dijadikan markas ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI