fbpx
Eric (dua dari kanan) menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kepakaran ISP sokong ekosistem industri hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kumpulan ISP Holdings Sdn. Bhd. (ISP) yang ditubuhkan pada tahun 2022 adalah syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah industri yang berfikiran ke hadapan dan memberi fokus kepada kelestarian.

Kumpulan ini pakar dalam Gudang Logistik dan Hab Pembuatan (LWMH) serta Penginapan Pekerja yang Dibina Khas (PBWA), komited untuk memupuk pertumbuhan yang seimbang sambil memberikan impak positif kepada komuniti yang diservis, mendorong pembangunan ekonomi dan kelestarian bagi membentuk sumbangan bermakna dalam landskap hartanah industri.

Ketika ini,  ISP memiliki sembilan LWMH dan empat PBWA di Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Eric Ng Chin Kuong berkata, prospek sektor hartanah perindustrian dijangka kekal positif, disokong oleh pertumbuhan ekonomi, aliran pelaburan dan kedudukan Malaysia sebagai hab perindustrian serantau. Permintaan juga dijangka semakin memfokuskan kepada aset berkualiti dan mampan.

“Infrastruktur perindustrian yang baik akan meningkatkan daya saing negara.

“Kami komited menjadi rakan strategik jangka panjang yang dipercayai oleh pelabur, penyewa dan komuniti,” katanya dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

KOSMO!: Bagaimanakah ISP melihat landskap semasa hartanah perindustrian khusus­nya dalam sektor logistik dan pembuatan?
ERIC: Landskap hartanah perindustrian kini berada dalam fasa pertumbuhan yang positif dan semakin berstruktur, khususnya dalam sektor logistik serta pembuatan.

Pelbagai laporan pasaran menunjukkan bahawa segmen perindustrian dan logistik dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan pasaran hartanah negara dalam tempoh terdekat, disokong oleh permintaan yang berdaya tahan dan asas ekonomi yang kukuh.

Di lokasi utama seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang, pasaran gudang dan kemudahan industri kekal ketat, dengan kadar penghunian yang tinggi dan ­penyerapan ruang yang konsisten. Selangor dan Johor menyumbang 52.1 pe­ratus daripada jumlah transaksi dan 73.3 peratus nilai pasaran dalam separuh pertama tahun lalu menunjukkan permintaan tinggi di koridor industri utama negara

Apakah faktor utama yang mendorong peningkatan permintaan ini?
Antara faktor utamanya adalah pertumbuhan e-dagang, keperluan pengurusan inventori yang lebih cekap dan kemasukan pelaburan asing dalam sektor pembuatan.

Selain itu, syarikat juga lebih menitikbe­ratkan kecekapan logistik, lokasi strategik dan kemudahan yang boleh ­menyokong operasi jangka panjang.

Selain itu, kadar kekosongan ruang gudang/logistik di Lembah Klang dilaporkan sebanyak ~4.0 peratus pada suku pertama tahun lalu, ia lebih rendah daripada suku sebelumnya. Ini menunjukkan petanda pen­yerapan tinggi terhadap ruang yang berkualiti oleh pemain.

Asrama Pekerja, ISP di Kapar

Apakah jenis penyewa atau industri yang paling aktif mencari ruang perindustrian?
Permintaan paling ketara datang daripada sektor logistik pihak ketiga, pembuatan ringan dan sederhana, industri ber­­o­rientasikan eksport, syarikat ­e-dagang serta rantaian bekalan.

Penyewa hari ini juga lebih selektif dan menitikberatkan kualiti, pematuhan serta elemen kelestarian. Median harga transaksi untuk gudang di Malaysia me­ningkat, contohnya median transaksi gudang sekitar RM5.25 juta naik hampir 24 peratus, menunjukkan peningkatan nilai pasaran bagi ruang perindustrian.

Mengapa ISP memberi fokus kepada konsep LWMH dan bagaimana konsep ini relevan dengan keperluan pasaran?
Ia menawarkan fleksibiliti penggunaan ruang sama ada untuk logistik, penyimpanan atau pembuatan. Ini sejajar dengan keperluan pasaran semasa yang memerlukan ruang yang boleh disesuaikan mengikut perubahan operasi dan pertumbuhan perniagaan.

Apakah cabaran terbesar dalam segmen ini, termasuk aspek kos, pematuhan dan kelestarian?
Peningkatan kos pembinaan, keperluan pematuhan yang semakin ketat serta tuntutan ter­hadap elemen kelestarian. Namun begitu, ISP melihat cabaran ini sebagai peluang untuk me­ningkatkan standard industri dan membangunkan aset yang lebih berdaya tahan.

Kami juga percaya bahawa kelestarian dan tanggungjawab sosial boleh berjalan seiring dengan keperluan komersial. Aset yang mampan memberi nilai jangka panjang dari segi kecekapan kos, daya tarikan penyewa dan keya­kinan pelabur.

Boleh jelaskan mengenai PBWA dan sumbangannya kepada industri?
PBWA adalah kediaman pekerja yang dibina khas dan terancang mengikut standard tertentu, berbeza dengan perumahan sementara atau tidak formal.

Ia direka untuk menampung pekerja industri, pembuatan, logistik atau sektor lain, sambil memastikan keselamatan, kebajikan dan pematuhan undang-undang.

Ia direka mengikut pia­waian keselamatan dan peraturan, ­menyediakan persekitaran bersih, selesa dan terurus. Ini bukan sahaja meningkatkan kesejahte­raan pekerja dan memudahkan majikan mematuhi undang-undang, tetapi juga menyokong produktiviti, mengurangkan kadar pusing ganti tenaga kerja dan menyumbang kepada operasi industri yang lebih stabil berban­ding perumahan pekerja konvensional.

Apakah visi jangka panjang ISP terhadap PBWA?
ISP mahu menjadi peneraju dalam pembangunan PBWA yang mampan dan berkualiti, membina ekosistem perindustrian yang seimbang antara ekonomi, sosial dan kelestarian.

Kami juga mempunyai satu pasukan khas untuk mengendalikan operasi PBWA di seluruh negara.

Dengan pengalaman sedia ada serta kakitangan yang berwibawa, kami komited untuk meningkatkan mutu, ­kua­liti dan kecekapan per­khidmatan, di samping memastikan setiap operasi dilaksanakan dengan profesional dan siste­matik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI