ALOR SETAR – Sebanyak 45 premis tomyam milik warga asing di bandar raya ini didapati kotor selain melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk berniaga tanpa lesen serta menggaji pekerja tanpa visa. Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, kesalahan itu dikesan hasil daripada pemeriksaan dalam Ops Tomyam ke atas 64 premis makanan Thailand baru-baru ini. Katanya, sebanyak 64 premis makanan Thailand itu diperiksa dalam operasi tersebut, namun hanya 19 daripadanya mempunyai lesen sah. “Kita juga mengeluarkan sebanyak 145 kompaun…














