fbpx
Zulkifli menunjukkan samping yang dijual di premisnya.

Samping velcro fastener boleh simpan duit, telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang tukang jahit menampilkan rekaan samping segera menggunakan velcro fastener dan mempunyai poket mini bagi membolehkan pengguna meletakkan telefon, dompet atau sampul raya.

Menurut Zulkifli Sabli, 45, idea itu tercetus berikutan ramai pe­langgannya berdepan kesukaran memakai samping pada hari raya selain mengambil masa lama untuk membetulkan lipatan kain.

“Saya terima banyak rungutan daripada pelanggan yang sukar untuk memakai samping, malah ada yang pakai bersama tali pinggang. Ada juga pelanggan yang minta tambah poket mini pada samping.

“Jadi mereka dapat menyimpan telefon, dompet atau sampul raya dengan selamat,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.

Zulkifli berkata, samping rekaannya dijual menerusi platform TikTok dan Shopee pada harga RM35 hingga RM95 sepasang dan setakat ini, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Katanya, lebih 300 pasang samping terjual setakat ini de­ngan nilai jualan kasar mencecah mencecah lima angka.

Lelaki itu tidak menanggung kos yang tinggi kerana bero­perasi dari rumah dan membeli kain serta peralatan jahit secara tunai dalam jumlah yang mencukupi.

“Saya boleh menyiapkan samping dalam masa sejam sahaja. Selebihnya masa lain digunakan untuk proses pembungkusan supaya segera sampai kepada pengguna. Pelanggan saya datang dari seluruh negara, namun kakitangan kerajaan dan korporat merupakan pelanggan tetap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN