fbpx
BARCELONA lega apabila berjaya mengelak pertemuan menentang PSG selepas diundi bertemu Newcastle. - AFP

UCL: Barca lega elak undian maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick menarik nafas lega apabila pasukan berjaya mengelak ‘pertemuan maut’ selepas diundi bertemu Newcastle United pada aksi pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Pada sesi undian yang berlangsung kelmarin, The Catalan berpeluang diundi menentang Newcastle atau juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) tetapi tuah memihak kelab La Liga itu selepas PSG dijadual menentang Chelsea.

Flick menegaskan tiada istilah undian mudah dalam kejohanan elit Eropah itu sebaliknya masih pasukan perlu waspada dengan ancaman yang boleh diberikan oleh The Magpies nanti.

“Saya tidak meraikan langsung kerana kita tidak perlu bertemu PSG di pusingan awal. Pasukan perlu hormat setiap lawan yang dihadapi kerana semua perlawanan saya anggap penting dan sukar.

“Setiap pasukan memasang impian untuk mara ke final dan Newcastle juga mempunyai cita-cita sama. Ia bukan undian yang mudah.

“Kami perlu bermain pada tahap tertinggi. Jika kami mara dan kemudian bertemu Atletico atau Tottenham Hotspur, saya anggap itu juga undian yang sukar. Kami perlu hormati semua pencabar,” katanya.

Dalam masa sama, Flick turut meluahkan hasrat untuk terus kekal lebih lama di Camp Nou selepas membuat penampilan ke-100 sebagai jurulatih Barcelona pada aksi La Liga menentang Villarreal.

“Ia satu penghormatan besar untuk mencapai angka ini. Melatih di sini adalah impian saya dan saya menikmati setiap hari bersama pemain serta penyokong,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN