fbpx
ANGGOTA imigresen melakukan pemeriksaan ke atas warga asing yang bekerja di bazar Ramadan di Segamat, Rabu lalu. Foto IHSAN IMIGRESEN

10 PATI bekerja di bazar Ramadan kena tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seramai 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Jaja yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor di sekitar daerah ini, Rabu lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi berfokus itu menyasarkan beberapa premis perniagaan dan bazar Ramadan yang dikenal pasti menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah.

Menurutnya, operasi yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai penguat kuasa dari Unit Penguatkuasaan Cawangan Segamat.
“Bertindak atas maklumat awam dan risikan, operasi dijalankan serentak ke atas beberapa premis termasuk kedai perabot, premis makanan serta tapak bazar Ramadan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati seramai 10 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga India, dua lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga Kemboja dan empat wanita warga Indonesia berusia antara 17 hingga 53 tahun.

Tambahnya, kesemua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN