fbpx
Gambar hiasan.

Individu darah A, O diperlukan segera!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Individu yang memiliki darah jenis A dan O disaran hadir menderma darah segera bagi memastikan keperluan mencukupi.

Pusat Darah Negara menerusi kenyataan berkata, ia susulan stok darah jenis itu dijangka menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan.

“Adiwira darah A dan O diperlukan segera. Stok darah dijangka menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan.

“Hadirlah menderma darah sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keperluan pesakit mencukupi,” kata kenyataan itu.

Pusat Darah Negara turut meminta orang ramai melakukan semakan di laman sesawang bagi mengetahui lokasi-lokasi terdekat untuk menderma darah.

“Orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh melayari laman sesawang www.pdn.gov.my untuk lokasi pendermaan darah terkini di sekitar Lembah Klang,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN