fbpx
Grafik yang dikongsikan di media sosial rasmi Sumud Nusantara Official, semalam.

GSF ganggu kapal kargo bawa keperluan genosid penjajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 19 buah bot Global Sumud Flotilla (GSF) melaksanakan tindakan langsung dengan menyelaras usaha mengganggu aliran senjata ke Israel, semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan di media sosial Sumud Nusantara Official.

Menurut kenyataan itu, GSF tidak akan belayar melewati kapal-kapal yang membawa senjata dan bekalan kepada pihak yang melakukan jenayah perang tanpa melakukan segala termampu untuk mengganggu rantaian bekalan tersebut.

“Kami sedang mengganggu mesin perang di laut sekarang (semalam).

“Sebanyak 19 buah kapal GSF sedang mengalihkan laluan MSC Maya dan mengganggu aliran bahan mentah yang digunakan untuk alat perang genosid,” kata kenyataan itu.

Laut Mediterranean jelas GSF, mesti dinyahjajah dan mereka tidak akan menunggu kerajaan yang bersekongkol untuk bertindak sementara kezaliman terus berleluasa tanpa sekatan.

“Di bawah Konvensyen Geneva, Konvensyen Genosid dan Perjanjian Perdagangan Senjata, negara-negara diwajibkan menghentikan pemindahan senjata kepada Israel.

“Ia adalah sebuah entiti penjajah yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pendudukan haram ke atas wilayah Palestin sejak tahun 1967,” tambah kenyataan sama.

GSF menegaskan, pihak mereka tidak memandang ringan tanggungjawab tersebut dan tidak akan menangguhkan pelayaran misi itu.

“Kami enggan berdiam diri ketika undang-undang antarabangsa diabaikan,” tegas GSF. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN