fbpx
Allen Khong (dua dari kiri) pada majlis pemeteraian syarikatnya dengan Evergrown di Kuala Lumpur semalam.

Astaka ceburi sektor teknologi kesihatan bersama Evergrown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Astaka Holdings Limited (Astaka) mengumumkan rancangan untuk menceburi sektor teknologi kesihatan (HealthTech) sebagai langkah meneroka pemacu pertumbuhan masa depan baharu bagi Kumpulan.

Ini dilaksanakan melalui majlis menandatangani perjanjian eksklusif dengan, anak syarikat Evergrown Holdings Berhad (Evergrown), pengeluar produk lampu teknologi kesihatan EV SUN.

Ia menggunakan teknologi pencahayaan pensterilan untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.

Di bawah terma perjanjian tersebut, Astaka akan melantik Evergrown Group untuk mengeluarkan produk tertentu seperti yang ditentukan oleh Astaka dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak, yang kemudiannya akan dibeli dan dipasarkan oleh Astaka di bawah nama dagang dan cap dagangnya sendiri.

Dibangunkan menggunakan teknologi dalaman, produk Evergrown Group kini digunakan terutamanya dalam aplikasi komersial dan perindustrian.

Pelanggannya termasuk kebanyakan rangkaian hospital terkenal, jenama dan pengeluar makanan dan minuman bertaraf dunia serta institusi kerajaan utama di Malaysia.

 Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astaka Holdings Limited, Allen Khong berkata, dengan menceburi sektor HealthTech pengguna, matlamat syarikat adalah untuk mengembangkan asas hasil selain mendapat manfaat daripada keupayaan untuk memperoleh sendiri penyelesaian pencahayaan LED bagi projek-projek pembangunan kami.

“Sebagai pemaju terkemuka kediaman berservis premium di Johor seperti The Astaka, Arden dan Aliva, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman hidup melalui penyepaduan teknologi inovatif yang mempromosikan kelestarian dan kesejahteraan komuniti kami.

“Apabila kami menemui rangkaian produk pencahayaan kesihatan perintis dan terbukti daripada Evergrown Group, kami segera menjadi pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Khong menjelaskan, melalui kesedaran kebersihan yang meningkat pasca-COVID-19, permintaan untuk lampu teknologi kesihatan dan penyelesaian pencahayaan pensterilan terus berkembang di peringkat global.

“Memandangkan Singapura adalah hab inovasi HealthTech dan salah satu negara terbersih di dunia, kami melihat peluang terbaik untuk memperkenalkan produk Evergrown ke pasaran pengguna tempatan,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi memanfaatkan kepakaran syarikat dalam pembangunan hartanah kediaman dan dengan bantuan perunding luar, pihaknya sedang menilai pasaran dengan matlamat melancarkan jenama bagi produk lampu teknologi kesihatan berfokuskan pengguna sendiri menjelang suku ketiga 2026.

“Singapura akan menjadi pasaran pelancaran kami, namun pada masa hadapan, kami merancang untuk berkembang secara serantau,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN