fbpx
AL-SULTAN ABDULLAH

Lima maut rumah terbakar: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan sedalam-dalam ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub awal pagi tadi.

Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita di atas kejadian tersebut dan berharap agar seluruh ahli keluarga kesemua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah.

Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia di dalam bulan Ramadan yang mulia ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba Allah yang dikasihi.

Lima sekeluarga terdiri daripada suami isteri dikenali sebagai Mohd Alawi Mohammad, 57, dan Zaleha Ibrahim, 45, serta tiga anak mereka Ruby Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9, dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira 3.45 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI