fbpx
Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang anak berhutang dengan ibu bapa dalam satu sesi ceramah.

[VIDEO] ‘Pinjam duit mak ayah, jangan buat senyap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak yang meminjam duit daripada ibu bapa sehingga kedua-dua mereka telah meninggal dunia, hutang tersebut tetap wajib dibayar dan wang itu difaraidkan serta dibahagikan kepada adik-beradik lain termasuk dirinya.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, anak yang berhutang dengan ibu bapa tetap perlu menjelaskan pinjaman berkenaan, melainkan ia telah dihalalkan oleh orang tuanya.

“Pinjam duit dengan mak ayah tak bayar sampai mati dan tak ada pun si mati atau tuan hutang menghalalkannya, wajib dibayar. Jadilah faraid, yang berhutang pun dapat bahagian.

“Contoh dia pinjam RM1,000 dengan mak, bila mak mati, maka jadilah RM1,000 itu termasuk dalam harta peninggalan si mati. RM1,000 difaraidkan.

“Tapi (contoh) ayah kata hutang RM1,000 halal, tak jadilah. Selesai masalah (hutang),” katanya menerusi satu video salah satu daripada sesi ceramah beliau.

Beliau turut menasihatkan kepada anak-anak yang berhutang dengan ibu bapa mereka supaya peka dengan perkara berkenaan.

“Banyak berlaku, pinjam RM3,000, RM4,000 dengan mak. Adik-beradik tak tahu, dia buat senyap. Bila buat senyap, makan harta cara batil.

“Kiri kanan (malaikat) tahu, Allah tahu. Pinjam kena pulang balik. Jaga-jagalah, walaupun mak ayah kita, jangan buat senyap gitu, pulang balik (hutang),” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

@annarazaly Ramai yang hutang dengan arwah mak ayah tapi wak senyap je. Maka makan lah duit itu secara batil. #hutang #anak #ibu #ayah #dosa ♬ original sound – ๛ 𝒜𝓃𝓃𝒶 𝑅𝒶𝓏𝒶𝓁𝒾 ᥫ᭡

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN