fbpx
Antara tangkap layar video palsu yang dimuat baik di akaun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Akaun palsu tawar bantuan guna wajah Agong dijana AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu video palsu yang dipercayai dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dikesan dimuat naik di platform TikTok dengan memaparkan suara menyerupai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam kenyataan berkata video berkenaan disebarkan melalui Tiktok dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di platform media sosial,” katanya.

Turut dimuat naik dalam hantaran tersebut beberapa tangkap layar memaparkan video yang menggunakan AI memperlihatkan muka Sultan Ibrahim.

Royal Press Office turut menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI