fbpx
Mangsa maut selepas dihempap bahagian ‘bucket’ sebuah jengkaut semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam. FOTO IHSAN POLIS

Buruh maut dihempap ‘bucket’ jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang buruh maut selepas dihempap bahagian baldi atau ‘bucket’ sebuah jengkaut semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu, mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia di tapak pembinaan itu selepas mengalami kecederaan pada bahagian perut dan paru-paru lebam akibat hentakan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan longkang di kawasan tepi jalan menghala ke Pantai Geting.

Menurutnya, pada masa sama, sebuah jengkaut yang dikendalikan oleh rakan sekerja mangsa dipercayai tergelincir sebelum bahagian ‘bucket’ jentera tersebut menghempap lelaki itu.

“Pemeriksaan awal di tapak pembinaan longkang itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut.

“Laporan perubatan mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan pada dalam perut dan lebam di bahagian paru-paru,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN