fbpx
Hanafiah (kiri) berhadapan dua pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Exco Terengganu, Hanafiah didakwa arah GLC ambil dua anak bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan dua anaknya bekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai berusia 66 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Exco Terengganu dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB) untuk suapan bagi anaknya, Mohd. Najmi.
Perbuatan itu dilakukan di pejabat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) Berhad, Pengkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, Kemaman pada 15 Ogos 2018.

Dia turut didakwa melakukan perbuatan sama bagi seorang lagi anaknya, Ahmad Kamil di pejabat sama pada 18 Jun 2020.

Oleh itu, Hanafiah didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Terdahulu, ahli politik itu tiba di mahkamah bersama penyokongnya dan dua Exco kerajaan negeri iaitu Datuk Wan Sukairi Wan Mohamad dan Datuk Arriffin Deraman pada pukul 8.15 pagi.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang Exco Terengganu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman pada pukul 11.15 pagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI