fbpx
Antara operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imgresen terhadap PATI pada tahun ini. - Gambar hiasan

7,043 PATI ditahan imigresen, Indonesia, Myanmar paling tinggi  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 7,043 tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan pelbagai warganegara direkodkan bagi tempoh antara 1 Januari hingga 19 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, penahanan itu hasil daripada 1,855 operasi dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen (JIM) dengan 30,177 individu diperiksa.

Menurutnya, lapan negara yang mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi adalah Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China.
“Kesalahan tertinggi direkodkan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa pas atau dokumen perjalanan yang sah melibatkan 4,804 kes.

“Sebanyak 1,250 kes di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, diikuti 806 kes di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 (langgar syarat pas), manakala 183 kes melibatkan lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkat secara konsisten dan berfokus tanpa kompromi terhadap mana-mana individu.

“Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang imigresen kepada pihak berkuasa bagi menyokong usaha penguatkuasaan yang lebih berkesan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN