fbpx
Ramli pada sidang Dewan Rakyat hari ini- Foto JABATAN PENERANGAN

Dewan Rakyat belum terima makluman pertukaran ketua pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat belum menerima makluman rasmi daripada blok pembangkang mengenai pertukaran ketua pembangkang di Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd Nor berkata, pemakluman kekosongan jawatan itu perlu dilakukan secara ‘hitam putih’.

Justeru, katanya, setakat ini, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin masih kekal berperanan sebagai ketua pembangkang.

“Saya percaya timbalan speaker seorang lagi pun belum menerima apa-apa arahan. Saya percaya, belum ada lagi ‘hitam putih’ yang diusulkan untuk menyatakan kekosongan itu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan SN Rayer (PH-Jelutong) mengenai kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang selepas dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Semalam, Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan Pas akan mengambil alih jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat.

Beliau pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) PN bagaimanapun menjelaskan, nama Ahli Parlimen berkenaan akan dimaklumkan kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI