fbpx
Kemalangan maut di Kilometer (KM) 16.6 (SPDH) arah Seremban, petang semalam. FOTO/Ihsan PDRM

Budak 5 tahun maut, Honda CR-V langgar lori Plus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 16.6, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) arah Seremban, di sini petang semalam.

Kemalangan pada pukul 6.54 petang itu turut membabitkan sebuah lori Response Team Plus dan pacuan empat roda rondaan Plus.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati lori dan pacuan empat roda Plus berhenti di lorong kecemasan untuk membantu kenderaan lain yang terbabas di tebing jalan.

“Ketika itu cuaca hujan lebat dan kawasan gelap. Honda CR-V dari arah sama dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar belakang lori tersebut. Lori itu bergerak dan melanggar belakang pacuan empat roda Plus,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kanak-kanak berusia lima tahun yang menaiki Honda CR-V cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada pukul 8.10 malam. Pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN