fbpx
Letupan lori tangki turut menyebabkan sekurang-kurangnya 50 kenderaan rosak. - EPA

Lori tangki meletup di lebuh raya, 50 kenderaan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTIAGO – Empat terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 17 lagi cedera apabila sebuah lori tangki yang membawa gas petroleum cecair (LPG) terbalik lalu meletup di sebuah lebuh raya di Santiago, Chile, lapor akhbar Metro UK semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari tempat kejadian di laluan Route 5, Khamis lalu menunjukkan asap hitam tebal menjulang naik ke udara susulan letupan gas.

Letupan itu dirasai dalam radius sekitar 150 hingga 200 meter, dengan sekurang-kurangnya 50 kenderaan rosak dalam kebakaran itu, kata anggota bomba.

Difahamkan bahawa pemandu lori tangki yang dikaitkan dengan syarikat gas Gasco, hilang kawalan lalu terbabas, demikian menurut polis tempatan.

“Pemandu lori meninggal dunia dalam kejadian itu,” kata ketua polis tempatan.

“Sekurang-kurangnya lima mangsa berada dalam keadaan serius,” kata Sabenor Santiago, Claudio Orrego.

Satu siasatan telah dilancarkan untuk menentukan butiran penuh kejadian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN