fbpx
Gambar hiasan.

Sabah hujan lebat hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca hujan lebat dan ribut petir di Sabah dan Labuan sehingga pukul 1 tengah hari hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Labuan, cuaca buruk itu berlaku di seluruh wilayah berkenaan, manakala di Sabah, kawasan terlibat ialah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Ranau).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN