fbpx
Tangkap layar video seorang lelaki menunjukkan kuih pulut panggang dibeli di bazar Ramadan di Kedah turut mengandungi 'inti' tambahan skru.

[VIDEO] ‘Mungkin dia buat kuih dekat bengkel motor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki nyaris tercekik apabila kuih pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di Kedah, turut mengandungi ‘inti’ tambahan iaitu skru.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok Affendy02, kejadian itu berlaku sewaktu dia makan berbuka puasa malam tadi.

“Satu dalam 1,000. Aku nyaris tercekik skru waktu berbuka tadi. Selamat masa kunyah pulut udang (pulut panggang) boleh tergigit skru.

“Kalau dawai kokot tu biasa sangat dengaq (dengar). Harap peniaga bazar ni tengok-tengok sama bendasing macam ni. Naya orang woo,” katanya pada hantaran berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok selain ada yang meneka, skru berkenaan berkemungkinan daripada mesin parut kelapa.

“Mungkin mesin kelapa punya skru,” komen pengguna TikTok Rajasalleh3.

“Itu dia, ya Allah besar skru. Buat rumah ke buat kuih,” komen Jamnahmail.

“Mungkin dia buat kuih tu kat bengkel motor tak?,” komen Ibraibra4665 secara berseloroh. – KOSMO! ONLINE

@affendy02 1 dalam 1000. Aku nyaris tercekik skru waktu berbuka tadi. Selamat masa kunyah pulut udang boleh tergigit skru 🥴. Kalau dawai kokot tu biasa sangat dengaq. Harap peniaga bazar ni tengok2 sama bendasing mcm ni. Naya orang woo. #berbuka #bazarramadan #juadahberbuka #pulutudang #skru ♬ bunyi asal – arijalbiz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN