fbpx
Khalid dan Dr. Muhamad Akmal.

Amanah harap BN bersama PH hadapi PRN Melaka, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Amanah Negara (Amanah) berharap Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd. Samad berkata, Amanah namun bersedia menghadapi pertandingan dua atau tiga penjuru jika BN mengikuti ‘kegilaan’ Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

“Bagi Amanah, kami terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN.

“Tapi pada masa sama Amanah akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti ‘kegilaan’ Akmal. Ini bukan amaran atau cabaran, ia sekadar “statement of fact” atau menyatakan hakikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khalid berkata, Amanah menghargai jawapan jelas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai rundingan kerusi PH-BN bagi PRN Melaka dan Johor.

Menurut beliau, Mohamad memaklumkan keputusan sama ada BN bersama PH atau bersendirian belum dibuat, manakala Dr. Muhamad Akmal lebih cenderung bersama Pas.

Bagaimanapun, katanya, Amanah berharap kerjasama Kerajaan Perpaduan diteruskan demi negara, tetapi keputusan akhir terletak pada BN.

“Kami melihat kerjasama yang diasaskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 sangat baik, penuh dengan tolak-ansur dan keikhlasan. Tiada sebab BN perlu menolak kerjasama ini.

“Agak hairan kenapa BN masih teragak-agak dalam meneruskannya kerana tiada unsur khianat atau paksaan, buli sepanjang kita bekerjasama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI