fbpx
RAMAI yang menawarkan diri mahu kejutkan Kamal Adli bangun sahur.

Maaf tak berjaya bangun sahur, parah hidup seorang diri – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli mendedahkan dia terlepas bangun sahur pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa.

Menerusi hantaran dalam Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui sebelum ini sudah terbiasa dikejutkan untuk bangun sahur.

“Maaf cakap. Penggera tak bunyi atau penggera bunyi tetapi penggera saya yang pergi sahur sendiri. Yang penting saya tak sahur hari ini.

“Maaf tak berjaya bangun sahur. Parah rupanya sorang sorang ni. Sebelum ini selalu dikejut.

“Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okey. Hari pertama menahan geram,” tulisnya.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib pelakon filem Takluk itu yang terlepas sahur pertamanya.

Malah ramai yang menawarkan diri untuk menjadi penggera kepada bekas suami Uqasha Senrose itu.

“Kalau macam tu beri nombor telefon kepada saya. Saya tolong kejutkan sahur,” komen netizen.

Ada juga netizen yang mencadangkan agar Kamal tinggal bersama keluarganya sepanjang bulan Ramadan agar dia tidak keseorangan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu selepas empat tahun hidup bersama. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Uqaira yang kini berusia 2 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN