fbpx
Pasukan keselamatan Israel berkumpul di sekitar papan tanda yang terbakar semasa protes oleh belia Yahudi ultra-Ortodoks bagi menentang pengerahan tentera di Baitulmuqaddis, 6 Januari lalu. - AFP

Peneroka haram Israel bakar al-Quran menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAITULMUQADDIS – Seorang peneroka haram Yahudi membakar kitab suci al-Quran di Baitulmuqaddis, beberapa hari sebelum bermulanya bulan Ramadan, lapor agensi berita Anadolu.

“Seorang aktivis Zionis membakar al-Quran dengan mukanya tidak ditutup,” kata ahli Parlimen Israel, Knesset yang berbangsa Arab, Ahmad Tibi di platform X.

Beliau berkata, ekstremis tersebut tidak dihukum kerana dia seorang Yahudi.

Dalam rakaman video yang dikongsi Ahmad Tibi, peneroka haram Yahudi itu didengari berkata: “Apa yang berlaku? Kami di sini sekarang meraikan dan membakar sebuah kitab yang sangat suci untuk umat Islam, surah demi surah, semua surah. 

“Rakyat Israel sedang menghapuskan kejahatan. Tahniah kepada kami,” katanya sambil membakar al-Quran.

Tiada komen segera daripada kerajaan Israel atau kumpulan Yahudi mengenai insiden itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI