fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat Moe Lwin di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

Mayat pelajar Asasi dijumpai selepas 38 jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KUALA TERENGGANU – Mayat pelajar Kolej Universiti Antarabangsa INTI yang hilang sewaktu mandi-manda di Pantai Batu Burok di sini kelmarin akhirnya dijumpai awal pagi tadi.

Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan Sithu Moe Lwin, 18, pada pukul 2.30 pagi kira-kira 38 jam selepas hilang dalam keadaan terdampar di pesisir pantai kira-kira 350 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mayat pelajar Asasi Perniagaan itu dijumpai anggota SAR yang melakukan rondaan di pesisir pantai menggunakan kenderaan lasak pelbagai permukaan (ATV).

“Pengecaman kemudian dilakukan sebelum mayat lelaki asing itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan mangsa bersama tiga rakan seuniversiti termasuk dua warga Kenya dan Filipina tiba di Terengganu untuk bercuti pada kelmarin

Mereka kemudiannya mengunjungi Pantai Batu Burok untuk mandi sebelum mangsa tiba-tiba lemas akibat dibawa arus kuat pada pukul 10.35 pagi hari tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI