fbpx
Anggota pasukan SAR sedang bersiap sedia untuk meneruskan operasi mencari Moe Lwin yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

Lemas Pantai Batu Burok: Operasi SAR berdepan cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki warga Myanmar yang juga pelajar Kolej Universiti Antarabangsa INTI cawangan Nilai, Negeri Sembilan yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok di sini semalam diperluas sejauh tujuh kilometer hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, SAR akan dilanjutkan sehingga ke Pandai Pandak, Chendering di sini.

“Kita mengalami kesukaran berikutan ombak besar dan cuaca tidak menentu.

“Sehubungan itu, teknik selaman ditangguhkan sementara sebaliknya pencarian di permukaan laut dilakukan menggunakan bot,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan keseronokan empat pelajar termasuk tiga warga asing mandi-mandi di Pantai Batu Burok bertukar tragedi apabil salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas akibat dihanyut ombak besar.

Kejadian lemas melibatkan mangsa,
Sithu Moe Lwin, 18, itu berlaku pada pukul 12.19 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI