fbpx
Keadaan terkini di beberapa lebuh raya utama.

Lebuh raya utama trafik masih perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 2.31 petang ini walaupun cuaca dalam keadaan baik.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan ketara berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Slim River ke Sungkai berikutan kemalangan di Kilometer (KM) 358.3 yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang. Aliran trafik arah selatan turut perlahan dari Gopeng ke Tapah.

“Selain itu, trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara dilaporkan perlahan dari Senai ke Kulai, manakala arah selatan melibatkan laluan Plaza Tol Sungai Besi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Kajang ke Bangi,” ujarnya.

Kesesakan turut dilaporkan di Tambak Johor arah utara dari Woodlands ke Johor Bahru serta di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

“Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), trafik arah selatan dilaporkan perlahan dari Putrajaya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI