fbpx
PALMERO meledak satu gol ketika Kuching City membenam Brunei kelmarin. - FB KUCHING CITY FC

Piala Malaysia: Palmero buka akaun jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHADIRAN Gabriel Palmero memberikan variasi tambahan buat Kuching City yang kini mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini selepas atasi DPMM FC 6-2 secara agregat.

Pemain warisan Harimau Malaya itu mengesahkan detik paling sempurna di Malaysia apabila meledak satu gol pada debutnya ketika membantu The Cats menang 3-1 ke atas DPMM FC pada aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri, kelmarin.

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata, bola sepak masa kini memerlukan pemain tampil lebih kreatif dan tidak hanya terlalu bergantung kepada kualiti di posisi tertentu.

“Saya suka pemain yang sentiasa ke atas dan tidak hanya bermain di satu posisi saja. Lihat kepada Palmero, dia boleh bermain di kanan walaupun dia pemain berkaki kiri dan perkara ini adalah sudah jadi perkara biasa dalam bola sepak.

“Jadi, ini membolehkan kami ada lihat banyak pilihan untuk terus maju. Saya fikir ini adalah perkara yang sihat buat pasukan apabila kami masih ada calon lain boleh dipilih jika ada mana-mana pemain yang cedera atau digantung,” katanya.

Pada perlawanan kali ini, bintang import, Ronald Ngah Wanja terus memainkan peranan buat The Cats apabila membuka jaringan pertama diikuti gol daripada James Okwuosa dan Palmero manakala jaringan tunggal pelawat dihasilkan Hakeme Yazid.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN