fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wang bertaburan di Jalan Tegar Beriman semalam. - Detik

Wang bertaburan tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Bogor, wilayah Jawa Barat menunjukkan wang kertas bertaburan di sebatang jalan yang sibuk sehingga mengejutkan penduduk tempatan, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) di Jalan Tegar Beriman semalam. 

Ketua Jabatan Bomba Bogor, Yudi Santosa berkata, wang yang dikumpulkan oleh pemandu e-hailing dan warga setempat itu bernominasi 100,000 rupiah (RM23) dan 50,000 (RM12). 

“Sebahagian wang itu telah diambil orang. Mereka tidak tahu untuk menyerahkan wang serta dompet tersebut ke siapa.

“Nasib baik, beberapa anggota bomba sedang menggunakan laluan itu. Semua wang telah diserahkan kepada mereka,” kata Yudi. 

Yudi menambah bahawa dompet tersebut mengandungi nombor pendaftaran kenderaan dan alamat pemilik. 

“Sesiapa yang kehilangan dompet boleh datang ke pejabat dan mengemukakan bukti bahawa wang serta dompet itu adalah miliknya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN