fbpx
Mayat Minah yang maut dirempuh motosikal penghantar makanan di Jalan Kuala Berang berhampiran Merbau Patah, Kuala Terengganu hari ini.

Wanita melintas ke surau maut dirempuh rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang wanita warga emas untuk menghadiri kelas agama di sebuah surau berakhir tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah motosikal penghantar makanan di Jalan Kuala Berang berhampiran Merbau Patah di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.32 pagi itu, mangsa, Minah Abu Bakar, 73, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata, sewaktu kejadian, Minah dikatakan sedang melintas jalan untuk ke Surau Haji Ahmad, Merbau Patah dari rumahnya berhampiran.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha FZ 150 I yang ditunggang seorang penghantar makanan gagal mengelak lalu merempuh mangsa (Minah).

“Rempuhan itu menyebabkan wanita warga emas terbabit tercampak manakala penunggang berusia 22 tahun pula terjatuh dari motosikalnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, siasatan awal mendapati sewaktu kejadian, lelaki terbabit dalam perjalanan untuk mengambil pesanan makanan di sebuah premis perniagaan di Batu Enam, Kuala Nerus.

Beliau berkata, mayat Minah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI