fbpx
Tangkap layar perkongsian siaran langsung anak mangsa menerusi aplikasi TikTok malam tadi. -Foto: Media Sosial

‘Mama dikebumikan tidak sempurna, kaki kiri, tangan kanan masih hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pemuda yang mendakwa dirinya anak kepada wanita mangsa bunuh dan dikerat dengan beberapa anggota badannya ditemui di tempat pembuangan sampai di Taman Indah Permai di sini memaklumkan bahawa jenazah ibunya dikebumikan dalam keadaan tidak sempurna.

Dalam siaran langsung di TikTok malam tadi, dia berkata, pengebumian tersebut terpaksa dilakukan walaupun masih terdapat bahagian badan yang dikerat belum ditemui iaitu kaki kiri dan tangan kanan.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila urusan pengebumian dapat diselesaikan hasil penemuan mayat ibunya oleh pihak polis dan pasukan forensik.

“Saya bersyukur mama sudah selamat dikebumikan. Kalau bukan kerana bantuan polis dan forensik, mungkin susah untuk jumpa mama.

“Walaupun sebahagian anggota badan berjaya ditemui, masih terdapat bahagian yang belum dijumpai ketika pengebumian dijalankan.

“Tetapi keluarga mengambil keputusan untuk meneruskan pengebumian untuk menghormati arwah.

“Yang kurang ialah kaki kiri dan tangan kanan,” ujarnya dalam nada sebak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN