fbpx
Fadil ketika melancarkan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, di Pavilion Bukit Bintang, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Op Selamat 25: 15 ‘black spot’, 30 ‘hot spot’ fokus polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis memberi tumpuan khusus terhadap beberapa kawasan berisiko tinggi kemalangan dan kesesakan di sekitar ibu negara serta Putrajaya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak 15 lokasi ‘black spot’ dan 30 lokasi ‘hot spot’ telah dikenal pasti untuk diberi keutamaan pemantauan.

Menurutnya, kawalan trafik akan diperkukuhkan menerusi penempatan anggota di lokasi strategik selain rondaan berterusan bagi memastikan pergerakan kenderaan kekal lancar.

Beliau berkata, antara kawasan ‘black spot’ di Kuala Lumpur membabitkan Jalan Kuching, Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Sungai Besi, Lebuh Raya Sultan Iskandar serta Jalan Klang Lama.

“Bagi ‘black spot’ di Putrajaya pula melibatkan Persiaran Selatan, Persiaran Utara, Lebuh Perdana Barat dan Lebuh Perdana Timur.

“Pemantauan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di semua lokasi ini bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan aliran trafik lebih terkawal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kawasan ‘hot spot’ di Kuala Lumpur pula antaranya melibatkan Bulatan Segambut, Bulatan Kepong dan susur pertemuan Jalan Kuching serta Lebuh Raya DUKE.

Jelasnya, kawalan keselamatan akan dipertingkatkan di kawasan tumpuan awam dan lokasi yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki.

“Peningkatan jumlah kenderaan terutama ketika musim perayaan menjadi antara punca utama kesesakan trafik di ibu negara.

“Kita sedang berusaha mengurangkan kesesakan dan mahu memastikan aliran trafik lebih harmoni,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN