fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek melarikan diri dengan menunggang seekor keldai. - Newsflash

Perompak tak ada ‘taste’, lari tunggang keldai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Seorang pencuri yang memandu  forklift merempuh sebuah kedai barang kemas dan melarikan dengan menunggang seekor keldai, lapor akhbar The Sun semalam.

Sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  kedai barang kemas Kayseri, Turkiye merekodkan kejadian tersebut, baru-baru ini.

Rakaman CCTV menunjukkan sebuah forklift yang dipercayai dicuri, merobohkan pintu kedai tersebut.

Setelah berada di dalam, suspek menterbalikkan  sebuah almari penuh barang berharga dan memecahkan kabinet kaca mengandungi barang kemas emas.

Dia mengumpulkan sebanyak mana emas yang boleh dibawa sebelum melarikan diri.

Tetapi perompak itu tidak mempunyai pemandu yang menunggu dalam kereta seperti dipaparkan dalam filem jenayah.

Sebaliknya, dia melarikan diri dengan menunggang keldai.

Barang curi berupa 150 gram  emas, kemudiannya ditemui tertanam di dalam tanah.

Seorang suspek, yang hanya dikenali sebagai M.Ç., 26, ditahan  polis tempatan berhubung rompakan itu.

Suspek memasukkan barang curi itu termasuk cincin berukir, rantai leher, dan gelang tangan emas ke dalam beg plastik hitam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN