fbpx
Gambar hiasan.

Dakwaan bekas menteri seleweng RM1.1 bilion, SPRM teliti keseluruhan laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dakwaan isu penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian, hari ini.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya berkata, pihaknya akan meneliti keseluruhan laporan bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

“Tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, tadi.

Terdahulu, SPRM menerima laporan berhubung isu penyelewengan terbabit daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara berkenaan.

Selain itu, terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Pengadu juga melaporkan beberapa isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI