fbpx
Ramai pihak mendoakan hubungan mesra Bella dan Syed Saddiq berakhir sehingga ke jenjang pelamin.

‘Jangan risau, nanti saya keluarkan jemputan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suasana di Dewan Rakyat hari ini bertukar ceria apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara berseloroh menjawab ucapan ‘selamat pengantin baharu’ yang ditujukan kepadanya.

“Jangan risau, nanti saya keluarkan jemputan,” Itu jawapan Syed Saddiq ketika seorang Ahli Parlimen terlebih dahulu secara berseloroh mengucapkan tahniah kepadanya, hari ini.

Gurauan itu berlaku ketika Syed Saddiq mencelah perbahasan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026.

Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kemudian berdiri menegur penampilan Ahli Parlimen Muar mengenakan sepasang baju Melayu warna kuning.

“Saya pun tak tahulah, Muar (Ahli Parlimen Muar) sekarang sejak ‘dua tiga menjak’ asyik pakai baju Melayu baju kebangsaan. Maksudnya dah dekat sangat dah tu (berkahwin),” katanya.

Mohd. Sany seterusnya mengemukakan cadangannya berhubung langkah penyuraian trafik sebelum mengucapkan ‘selamat pengantin baharu’.

Hubungan mesra Syed Saddiq dengan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah bukan lagi rahsia, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ‘ mengusik’ Syed Saddiq berhubung perkara itu di Parlimen.

Meskipun sehingga hari ini tiada pengesahan mengenai status hubungan mereka, namun ramai mendoakan hubungan Bella dan Syed Saddiq berakhir sehingga ke jenjang pelamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN