fbpx
VAN DIJK (kiri) menanduk masuk gol kemenangan Liverpool ke atas Sunderland di Stadium of Light awal pagi semalam. - AFP

Liverpool cerahkan peluang ke UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNDERLAND – Liverpool meranapkan rekod kebal Sunderland di laman sendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan penting 1-0 di Stadium of Light awal pagi semalam.

Jaringan tandukan kapten, Virgil van Dijk pada minit ke-61 memastikan The Reds membawa pulang tiga mata sekali gus merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas dalam misi merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Gol berpunca daripada sepakan penjuru Mohamed Salah yang disambut Van Dijk dengan sentuhan kemas, menewaskan benteng tuan rumah yang sebelum ini tidak tewas dalam 12 aksi liga di gelanggang sendiri.

Sunderland bermula lebih bertenaga apabila penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dipaksa bekerja keras menepis beberapa percubaan awal, namun pelawat semakin menguasai rentak permainan menjelang rehat.

Liverpool hampir mendahului pada babak pertama menerusi Florian Wirtz, namun percubaannya sekadar menggegar tiang sebelum pasukan kendalian Arne Slot meningkatkan tekanan selepas rehat.

“Kami tahu ia perlawanan sukar menentang pasukan yang sangat kuat di laman sendiri. Pemain kekal tenang dan akhirnya dapat ganjaran,” kata Slot.

Menurutnya, kemenangan tersebut mencerminkan kematangan taktikal pasukan yang mampu mengawal tempo permainan selepas mendahului.

“Kami bertahan dengan baik, kekal tersusun dan tidak memberi ruang mudah. Ia prestasi yang sangat profesional,” jelasnya.

Sementara itu, Van Dijk menegaskan Liverpool perlu mengekalkan momentum jika mahu terus memberi tekanan dalam perebutan kelompok elit liga.

“Kami perlukan kemenangan seperti ini. Setiap mata sangat penting ketika musim semakin menghampiri penamat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN