fbpx
Gambar hiasan.

Subjek Sejarah sekolah rendah untuk murid tahun 5,6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Subjek Sejarah bagi peringkat sekolah rendah akan ditawarkan kepada murid tahun 5 dan tahun 6 sahaja menerusi pelaksanaan kurikulum baharu Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan berkata, selain itu, bagi peringkat sekolah menengah pula, ia ditawarkan kepada murid bermula tingkatan 1.

“KPM mengambil perhatian laporan media mengenai penawaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

“Bagi mata pelajaran Sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid tahun 5 dan tahun 6.

“Pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula di tingkatan 1,” katanya, hari ini.

Terdahulu,Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh turut menjelaskan mengenai kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1.

Dalam konteks ini, KPM akan memperkenalkan kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah bermula tahun depan, membabitkan murid Tingkatan Satu dan Tahun Satu.

Menurut Kah Woh, pelaksanaan ini akan dijalankan secara berperingkat dengan Tingkatan Dua dan Tahun Dua menyusul pada 2028.

Katanya, kurikulum Sejarah akan terus dipastikan kekal relevan, seimbang dan bebas daripada sebarang pengaruh atau kepentingan politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI