fbpx
NSFC masih yakin mampu mencipta kebangkitan menewaskan Selangor dalam aksi timbal balik pada Sabtu ini.

Piala Malaysia: NSFC yakin bangkit di Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEGERI Sembilan FC (NSFC) optimis peluang untuk mencipta sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia masih terbuka walaupun gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tewas kepada Selangor FC 0-1 pada Ahad lalu.

Pengendali skuad Hobin Jang Hobin, Nidzam Jamil percaya tiada masalah untuk barisan pemain melakukan kebangkitan apabila bertandang ke gelanggang keramat Gergasi Merah di Stadium MBPJ pada Sabtu ini.

Kata Nidzam, apa sahaja boleh berlaku dalam saingan bola sepak dan baki saingan selama 90 minit masih lagi panjang untuk dihadapi kedua-dua pasukan.

“Perjuangan kami belum selesai dan masih ada 90 minit lagi. Kami perlu lakukan persiapan terbaik kerana ini perlawanan hidup mati di tempat lawan.

“Pemain perlu tampil lebih baik berbanding aksi terdahulu dan gunakan setiap peluang dengan penuh keyakinan. Ketinggalan satu gol belum menutup ruang untuk kami mencipta kejayaan,” katanya.

NSFC pastinya berharap dapat berada dalam kelompok empat terbaik sekali gus mencerahkan peluang untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama sejak edisi 2011. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN