fbpx
Gambar hiasan.

KKM bentang RUU Optometri Oktober tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Optometri (RUU Optometri) di Parlimen pada Oktober tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, RUU itu bagi memperkemas kawal selia profesion optometris serta memperkukuh perlindungan kesihatan mata rakyat, khususnya berkaitan penjualan kanta lekap kosmetik secara dalam talian.

Beliau berkata, RUU itu juga dijangka menambah baik undang-undang sedia ada iaitu Akta Optik 1991 [Akta 469].

“Buat masa ini, sebagai langkah-langkah kawalan Kerajaan terhadap penjualan kanta lekap kosmetik secara dalam talian yang berisiko menjejaskan keselamatan mata pengguna, KKM telah mengeluarkan satu Garis Panduan Penjualan Alat Optik dan Kanta Lekap Secara Dalam Talian (Garis Panduan) sejak tahun 2021.

“Panduan tersebut menggariskan penjualan kanta lekap secara dalam talian, hanya dibenarkan kepada optometris dan juruoptik dengan syarat dan terma tertentu,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai bilakah Akta Optometris akan dibentangkan di Parlimen bagi mengawal selia profesion optometris secara lebih komprehensif.

Iatermasuk langkah-langkah kawalan Kerajaan terhadap penjualan kanta lekap kosmetik secara dalam talian yang berisiko menjejaskan keselamatan mata pengguna.

Menjawab soalan tambahan mengenai jumlah kes masalah mata yang telah dilaporkan ke KKM melibatkan penggunaan kanta lekap, beliau memaklumkan terdapat beberapa kes dilaporkan sejak tahun 2007.

“Kes komplikasi mata yang digunakan melibatkan penggunaan kanta lekap kosmetik ini tanpa preskripsi, sejak tahun 2007 ialah sebanyak 103 kes dan 109 kes sehingga 2013,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI