fbpx
Info yang dikongsi di laman Favebook JPJ.

Boleh tukar kod kenderaan e-hailing di Portal MySikap, MyJPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna yang ingin menukar kod kenderaan persendirian (AB/AD) kepada kenderaan persendirian e-hailing (AH) kini boleh melakukan proses itu menerusi aplikasi dalam talian.

Memaklumkan perkara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, proses tersebut kini boleh dilalukan di portal MySikap dan aplikasi MyJPJ.

Bagaimanapun kata JPJ, urusan di kaunter agensi itu juga masih boleh dilakukan.

“Layari www.jpj.gov.my atau muat turun MyJPJ untuk maklumat lanjut,”tulis hantaran berkenaan.

Untuk makluman, sebelum ini proses penukaran kod kenderaan itu hanya boleh dilalukan di kaunter JPJ sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI