fbpx
SEBAHAGIAN daripada aksi menarik suku akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan Selangor FC berjaya atasi Negeri Sembilan 1-0. - FB NSFC

Ini Selangor FC, bukan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELANGOR FC tidak mahu memberikan alasan seperti Liverpool dengan menjadikan faktor angin menghalang pasukan tampil dan beraksi lebih baik.

Walaupun berdepan cuaca berangin di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam, pengendali The Red Giants, Kim Pan-gon berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

“Saya bangga dengan pemain kerana mereka sudah mengatasi semua situasi sukar. Kali ini, angin kuat, namun mereka masih lagi mampu mengatasinya dan sejak dari awal kami memiliki peluang.

“Ini adalah perkara penting dan saya fikir kami perlu membiasakan diri untuk menjaringkan gol sekali gus kawal permainan dengan lebih baik. Kami mahu biasakan diri untuk lakukan tugas seperti ini, namun ia juga perlukan masa.

“Semua orang mahu lakukannya, namun kita semua adalah manusia. Pada pendapat saya, dalam tempoh 15 ke 20 minit kami sepatutnya mampu jaringkan gol,” katanya.

Pada aksi getir semalam, peratusan penguasaan permainan nyata berpihak kepada Selangor, namun penjaga gol NSFC, Azri Ghani juga menjadi cerita utama apabila cemerlang menafikan percubaan pelawat khususnya daripada Chrigor Moraes.

Bagaimanapun, pemeriksaan Video Bantuan engadil (VAR) pada masa kecederaan babak kedua menyaksikan pengadil perlawanan, Tuan Mohamad Yaasin Tuan Mohd Hanafiah memberikan penalti buat Selangor dan kesempatan itu disempurnakan oleh Moraes.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk aksi timbal balik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN