fbpx
Tangkap layar mesej WhatsApp yang dikongsikan Ain di Threads.

‘Boleh belanja kami tiket flight Sabah-KL, hotel 5 bintang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila menerima permintaan yang disifatkan sebagai melampau daripada seorang individu tidak dikenali yang meminta supaya percutian keluarganya ke Kuala Lumpur ditaja sepenuhnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Ain Suraya menerusi hantaran di Threads selepas tular tangkap layar perbualan WhatsApp yang memaparkan individu berkenaan memohon bantuan membeli tiket penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur serta penginapan hotel bertaraf empat atau lima bintang di sekitar Bukit Bintang sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Dalam perbualan tersebut, individu terbabit menyatakan dirinya berada dalam kesempitan kewangan dan mahu membawa anak-anak bercuti ke Kuala Lumpur kerana belum pernah menjejakkan kaki ke ibu negara.

“Assalamualaikum kak Ain. Kak Ain memang orang pemurah kan. Sebenarnya saya malu mahu minta tolong sama kak Ain, tapi saya tebalkan muka juga sebab betul buntu sudah sekarang.

“Boleh ke kak Ain belanja kami satu keluarga tiket kapal terbang dan hotel di KL (Kuala Lumpur)? Kapal terbang apa pun tidak kisah kak Ain, tapi kalau hotel, kalau tidak dapat lima bintang, dapat empat bintang pun sudah okey, saya ada baca di Facebook, kawasan Bukit Bintang memang seronok bawa anak-anak berjalan,” pinta individu terbabit.

Susulan permintaan itu, Ain tampil menjelaskan tindakannya menyekat individu berkenaan kerana menganggap permintaan tersebut tidak munasabah.

“Maaflah Ain terpaksa ‘block’ kalau permintaan melampau macam ni. Berpada-padalah dalam meminta. Kesianlah kat Ain,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Ain dan menyifatkan sikap meminta tanpa batas sebagai tidak wajar.

“Ini bukan malu, ini namanya tak tahu malu. Urat saraf dah putus agaknya sampai minta macam itu. Kalau sendiri tak ada modal, tak payah pergi bercuti. Duduk dekat rumah buat aktiviti dengan anak, tak susahkan sesiapa,” kata Afiaamira.

“Kalau tak dapat lima bintang, empat bintang pun sudah okey. Tak malunya nak demand (meminta) macam ini,” tegur Ella Affandy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI