fbpx
Norhisham dan Siti Rohayu menyiapkan pesanan di gerai burger mereka di Taman Sophia, Alor Setar semalam.

Jual burger RM2 pun boleh untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri membuat keputusan untuk mengekalkan jualan burger pada harga RM2 sebungkus sejak tujuh tahun lalu sehingga mampu menjual kira-kira 300 bungkus sehari.

Norhisham Ashar, 43, berkata, sekali pun dijual pada harga murah, dia dan isteri, Siti Rohayu Md. Saad, 41, tetap me­ngutamakan kualiti termasuk menggunakan bahan mentah setanding burger lain.

Norhisham berkata, jualan yang konsisten dan permintaan tinggi membolehkan mereka meraih keuntungan meskipun harga ditetapkan rendah.

“Dengan harga RM2, saya mampu menjual sehingga 300 bungkus sehari dan dari situ masih ada keuntungan. Paling penting, pelanggan juga ‘untung’ kerana dapat menikmati burger pada harga mampu milik.

“Walaupun murah, saya tetap gunakan bahan mentah yang sama seperti peniaga burger lain. Alhamdulillah, secara tidak langsung saya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan,” kata­nya ketika ditemui di gerai bur­ger tersebut di Taman Sophia
dekat sini semalam.

Menurutnya, gerai berke­naan beroperasi setiap hari bermula pukul 5 petang hingga habis jualan, kecuali Jumaat dengan kebanyakan burger habis dijual dalam tempoh dua jam.

“Selepas waktu bekerja, memang ramai singgah. Selain jualan harian, saya juga menerima tempahan untuk majlis seperti kenduri yang mencecah sehingga 500 bungkus,” katanya yang turut menjalankan perniagaan gunting rambut.

Norhisham berkata, burger daging dan ayam biasa dijual pada harga RM2, sementara burger spesial (istimewa) iaitu ditambah keju atau telur berharga RM3 hingga RM5.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN