fbpx
SUSPEK yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam, Kluang. Foto IHSAN POLIS

Nenek kena samun, gelang emas lesap dibawa lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang wanita warga emas berhadapan detik cemas selepas disamun dua lelaki di kediamannya di Kampung Ithnin Maarof di Simpang dekat sini bulan lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 76 tahun mengalami kerugian sebanyak RM1,200 selepas gelang tangan emas miliknya dilarikan oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 12.31 tengah hari 29 Januari lalu daripada mangsa sebelum siasatan dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Jelasnya, susulan itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun berjaya ditahan pukul 5 petang, kelmarin di tepi jalan Ayer Hitam di Kampung Benut, Simpang Renggam.

Katanya, semakan mendapati tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah, namun saringan ujian air kencing mendapati tiada pengaruh sebarang jenis dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 9 Februari bagi membantu siasatan dan usaha menjejaki seorang lagi rakan sejenayah sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diharapkan tampil membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN