fbpx
Nur Raihan.

Nur Raihan hilang selepas keluar rumah pukul 5.30 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Bukit Beruntung, Rawang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10 pagi daripada ibu remaja berkenaan.

Beliau berkata, Nur Raihan Irdina Muhamad Ridzuan dipercayai keluar rumah kira-kira pukul 5.30 pagi tadi dan masih belum pulang sehingga kini.

“Kali terakhir Nur Raihan dilihat memakai baju T berlengan panjang warna putih dan seluar trek warna hitam.

“Remaja tersebut juga berambut panjang, berkulit cerah dan dianggarkan berketinggian kira-kira 148 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, usaha mengesan dan mencari masih diteruskan, namun sehingga kini remaja tersebut belum ditemui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah, Sugu Davaraju di talian 03-60641222, atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN