fbpx
Gambar kenangan Zulharisam sewaktu membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001.

Bekas kapten Terengganu, Zulharisam meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Bekas kapten Terengganu, Zulharisam Awang, 51, yang membantu skuad Sang Penyu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 meninggal dunia di rumahnya di Kampung Wakaf Baharu, di sini, hari ini.

Lagenda bola sepak Terengganu yang menderita kanser hati tersebut menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.20 petang.

Jurucakap Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata, sebelum itu, Zulharisam telah dikejarkan ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) di sini akibat penurunan paras oksigen pada pukul 1 tengah hari.

“Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak,” katanya di sini hari ini.

Zulharisam dikenang sebagai tonggak pertahanan dan kapten Terengganu yang memimpin skuad Sang Penyu menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Perak 2–1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2001.

Selepas bersara sebagai pemain, Allahyarham terus menabur bakti dalam arena bola sepak negeri dan pembangunan sukan dengan berkhidmat di Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA selain aktif membimbing pasukan universiti itu dalam Liga institusi pengajian tinggi (IPT) dan liga-liga tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI